KUANTAN: Warga emas petugas program korban patah tangan kiri selepas ditanduk lembu di perkarangan Masjid Ittifaqiah Taman Sri Inderapura (MITSI), di sini hari ini.
Kemalangan berlaku ketika petugas terbabit cuba mengikat lembu berkenaan sebelum disembelih, bagaimanapun haiwan terbabit bertindak agresif menyebabkan lelaki itu terjatuh sebelum dihempap lembu berkenaan.
Pengerusi MITSI, Ideris Abu Bakar, berkata kejadian jam 10.30 pagi menyebabkan suasana tenang dan meriah bertukar cemas apabila lembu berkenaan menyerang warga emas serta seorang petugas lain.
"Warga emas yang diserang lembu mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini dan keadaannya stabil. Seorang lagi cedera ringan.
Ideris berkata, lembu seberat 300 kilogram (kg) itu disembelih jam 11 pagi. Lembu itu antara 17 lembu korban di masjid itu hari ini.




















