SEPANG: Baki 10 kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flatilla (GSF) 2.0 termasuk tiga yang membawa empat rakyat Malaysia yang masih belayar petang tadi dipintas tentera laut Israel (IOF).
Empat rakyat Malaysia itu ialah Muhammad Hareez Adzrami dan Chin yang menaiki kapal Alcyone, serta Syed Amirul dan Dr Thanisah masing-masing berada dalam kapal Don Juan dan Zefiro.
Difahamkan, semua kapal dipintas termasuk kapal terakhir Alcyoe yang membawa Hareez dan Chin, sekitar jam 8.25 malam tadi," katanya.
Dalam sidang media petang tadi, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan 10 kapal GSF sedang berada di Zon Merah 2 kira-kira 100 batu nautika dari pantai Gaza.
Kapal masih berlayar menuju ke Gaza itu ialah Alcyone, Andros, Cabo Blanco, Don Juan, Elengi, Girolama, Kasr-i-Sadabad, Lina, Sirius dan Zefiro.
Terdahulu, beliau mengesahkan sebanyak 40 kapal flotilla membabitkan hampir 350 aktivis kemanusiaan termasuk 25 rakyat Malaysia dipintas dan diceroboh oleh pihak IOF, semalam.
























