BH Online
Ringkasan Berita

Azam akui masalah rasuah di Malaysia masih serius, RM277 bilion rugi akibat ketirisan dalam 6 tahun

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui masalah rasuah di Malaysia masih lagi serius meskipun banyak kes dengan individu berprofil tinggi berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.
Azam akui masalah rasuah di Malaysia masih serius, RM277 bilion rugi akibat ketirisan dalam 6 tahun

Tan Sri Azam Baki. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui masalah rasuah di Malaysia masih lagi serius meskipun banyak kes dengan individu berprofil tinggi berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.

Tegas beliau, isu rasuah masih lagi dianggap masalah sistemik apabila kerugian akibat ketirisan mencecah RM277 bilion dalam tempoh enam tahun.

"Saya tak tak nak ulang-ulang (sebab) dah banyak kali (cakap). Semua orang tahu dah sistemik. Jadi yang sistemik ni kita perlu banteras, kita perlu uruskan.

"Kalau kita biarkan begitu saja sebagai contoh yang mana sistem berkaitan dengan perolehan yang berkaitan dengan kehilangan wang negara, enam tahun lepas RM277 bilion hilang," katanya pada Program Podcast Kolar Hitam, Bukan Sekadar Operasi.

Dalam pada itu, Azam berkata tugas mencegah rasuah adalah tanggungjawab semua pihak dan bukannya SPRM semata-mata, namun beliau mengamalkan konsep 'no wrong door policy'.

Katanya, seperti dilihat menerusi operasi SPRM sebelum ini, suruhanjaya itu di bawah kepimpinan beliau tidak pernah berkompromi dengan isu rasuah membabitkan mana-mana agensi sekalipun.

"There's no wrong door. Saya ambil (siasat) kerana jenayah yang berlaku ini semua ada kaitan dengan rasuah. Saya tak boleh elak benda ni.

"Sekarang saya kena pengerusikan mesyuarat kebangsaan e-waste dan plastik waste. Kerana peranan SPRM begitu berkesan dan ada keberkesanan dalam tindakan kita,"katanya.

Azam berkata, SPRM memainkan peranan besar dalam membanteras isu alam sekitar membabitkan sisa elektronik yang dibawa masuk secara haram walaupun di atas kertas ia merupakan tanggungjawab agensi lain.

"Saya boleh katakan ini (isu sisa elektronik) bukan tanggungjawab saya (SPRM). Tetapi pada saya kalau ini yang diperlukan daripada SPRM saya tidak perlu tolak atau elak. Tindakan yang diambil SPRM nampak berkesan.

"Contoh saya boleh nyatakan tentang e-waste dan tindakan berterusan diambil kepimpinan di bawah SPRM dengan penubuhan Multi Agency Task Force (MATF), dilaksanakan satu tindakan yang efektif di pelabuhan Klang dan terbaharu Op Hazard 3.0," katanya

Video Terkini

Berita Berkaitan