BH Online
Ringkasan Berita

Sensodyne Clinical White tawarkan dwi-tindakan pemutihan, perlindungan gigi sensitif

PETALING JAYA: Haleon Malaysia memperkenalkan Sensodyne Clinical White, ubat gigi dwi-tindakan terbaharu yang terbukti secara klinikal mampu memberikan kesan pemutihan ketara dalam tempoh lapan minggu sambil melindungi gigi sensitif.

PETALING JAYA: Haleon Malaysia memperkenalkan Sensodyne Clinical White, ubat gigi dwi-tindakan terbaharu yang terbukti secara klinikal mampu memberikan kesan pemutihan ketara dalam tempoh lapan minggu sambil melindungi gigi sensitif. 

Inovasi berasaskan sains itu dilancarkan bagi menangani dilema pengguna di negara ini yang sering berdepan masalah gigi kekuningan, namun bimbang untuk menggunakan produk pemutihan kerana risiko peningkatan sensitiviti gigi dan kerosakan enamel.

Pengurus Besar Haleon Malaysia, Singapura dan Brunei, Neelesh Suryavanshee, berkata proses pemutihan sering dilihat sebagai pilihan sukar antara estetika dan keselesaan harian bagi kebanyakan individu. 

Beliau menjelaskan Sensodyne Clinical White direka khusus untuk menangani dilema tersebut dengan menawarkan pemutihan berkesan serta perlindungan sensitiviti 24 jam sehari melalui penggunaan teknologi rendah lelasan yang selamat untuk enamel.

Menurutnya, pelancaran produk itu mencerminkan komitmen syarikat terhadap inovasi berasaskan sains yang memenuhi keperluan kesihatan oral sebenar, sekali gus memberikan keyakinan kepada pengguna tanpa perlu berkompromi dengan rasa sakit atau ngilu.

Isu sensitiviti dan pemutihan gigi merupakan antara kebimbangan utama penjagaan mulut rakyat Malaysia berdasarkan kajian Kantar pada tahun 2025. 

Kajian tersebut mendedahkan 58 peratus orang dewasa di negara ini mengalami masalah gigi sensitif, manakala hampir 39 peratus melaporkan masalah gigi kekuningan. 

Daripada jumlah itu, 44 peratus individu yang mengalami masalah gigi sensitif turut mengadu isu seperti gigi kotor atau berubah warna, menunjukkan kedua-dua masalah tersebut sering dialami secara serentak.

Dua varian khusus

Bagi memenuhi keperluan berbeza, Sensodyne Clinical White hadir dalam dua varian khusus iaitu Stain Protector dan Enamel Strengthening. 

Varian Stain Protector amat sesuai untuk individu yang bimbang terhadap kesan kotoran daripada kopi, teh atau tembakau kerana ia tujuh kali ganda lebih berkesan menanggalkan kotoran berbanding ubat gigi biasa. 

Sementara itu, varian Enamel Strengthening pula direka untuk memberikan sokongan tambahan kepada individu yang merancang menjalani rawatan pemutihan profesional bagi membantu meningkatkan perlindungan sensitiviti sepanjang proses berkenaan.

Sementara itu, Pakar Pergigian Estetik, Dr Dylan Ong menjelaskan bahawa sesetengah ubat gigi pemutih boleh menyumbang kepada sensitiviti jika mengandungi bahan pelelas yang tinggi sehingga mempercepatkan hakisan enamel. 

Beliau menegaskan sensitiviti berkait rapat dengan kesihatan enamel dan apabila lapisan itu terhakis, rangsangan biasa seperti minuman panas atau sejuk boleh menyebabkan ketidakselesaan yang teruk.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya lebih peka dalam memilih produk pemutih yang bukan sahaja memberikan hasil visual, malah menyokong perlindungan enamel bagi memastikan gigi kekal kuat dan sihat. 

Produk ini disyorkan untuk digunakan dua kali sehari bagi mendapatkan hasil gigi dua tona lebih putih selepas lapan minggu penggunaan secara konsisten, dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi www.haleon.com.  

Video Terkini

Berita Berkaitan