Kenangan adalah khazanah hati yang tidak ditelan zaman.
Ia bukan sekadar bayangan masa lalu, malah ia terus hidup dalam setiap tawa, insan tersayang, serta barangan peribadi yang menjadi saksi perjalanan usia.
Menghayati kenangan ini, IJM Land tahun ini mempersembahkan sebuah karya menyentuh hati berjudul 'Kemas-kemas, Memori Emas'.
Filem Raya ini membawa penonton menyelami sanubari seorang warga emas, Tok Wan, yang cuba mempertahankan setiap 'harta karun' miliknya daripada dibuang ketika sesi gotong-royong raya oleh anak, menantu dan cucunya.
Menghargai kenangan yang tidak terungkap
Kisah yang sarat dengan nilai sentimental ini bermula apabila ahli keluarga Tok Wan mula mengemas rumah pusaka dengan niat untuk memberikan wajah baharu yang lebih segar buat kediaman mereka.
Bagaimanapun, apa yang disangka sekadar barang usang oleh generasi muda, sebenarnya merupakan 'memori emas' yang menyimpan seribu satu cerita buat Tok Wan.
Misteri di balik barangan lamaÂ
Melalui naratif yang disusun rapi, filem ini membuktikan kediaman yang dibina bukan sekadar struktur bangunan, tetapi sebuah simbol kasih sayang yang menghubungkan generasi lama dan baharu dalam satu ikatan yang teguh.
Suasana bertukar hening apabila anak dan cucu Tok Wan mula berasa hairan dan pelik melihat kesungguhan warga emas itu mempertahankan barangan yang pada hemat mereka tidak lagi mempunyai nilai kegunaan.
 Apakah yang sebenarnya terselindung di sebalik keengganan Tok Wan untuk melepaskan barangan tersebut? Adakah ia sekadar nostalgia, atau terdapat kejutan manis yang bakal menyatukan semula hati mereka di pagi lebaran?
Semangat hari raya yang meraikan keindahan kasih sayang dan kegembiraan ukhuwah ini digambarkan dengan penuh kehangatan, menjanjikan satu pengakhiran yang bakal membuatkan penonton tersenyum puas.Â
Saksikan bagaimana pengakhiran kisah penuh keceriaan keluarga Tok Wan ini di semua platform media sosial IJM Land bermula 17 Mac 2026 ini.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.























