BH Online
Ringkasan Berita

Isu pertikaian tanah: Terengganu, FELDA bakal tandatangani perjanjian esok

JERTIH: Kerajaan Terengganu dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijadualkan menandatangani perjanjian bersama esok bagi menyelesaikan isu pencerobohan tanah ladang komersial seluas 16,761 hektar.
Isu pertikaian tanah: Terengganu, FELDA bakal tandatangani perjanjian esok

Pemandangan udara di Pejabat FGV Holdings Bhd (FGV) di Setiu. Foto kecil Datuk Dr Azman Ibrahim. - Foto fail NSTP

JERTIH: Kerajaan Terengganu dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijadualkan menandatangani perjanjian bersama esok bagi menyelesaikan isu pencerobohan tanah ladang komersial seluas 16,761 hektar.

Majlis Menandatangani Perjanjian Terma-Terma Utama bagi Penyelesaian Tanah Ladang Komersial (Tidak Berpeneroka) FELDA di Terengganu itu akan diadakan di bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perjanjian berkenaan.

Beliau sebaliknya akan mengadakan sidang media selepas majlis berlangsung.

Perjanjian ini dijangka menjadi langkah penting bagi menyelesaikan isu berkaitan tanah ladang komersial membabitkan FELDA di Terengganu, sambil memastikan kepentingan semua pihak berkepentingan diambil kira.

Bulan lalu Dr Azman dilaporkan berkata perjanjian yang akan ditandatangani antara kerajaan negeri dan FELDA membabitkan beberapa komponen utama.

Antara komponen dasar dipersetujui bersama adalah pemberian hak milik tanah seluas kira-kira 18,000 hektar yang dimajukan sebagai ladang FGV kepada FELDA dengan kadar bayaran premium dan cukai tanah yang dipersetujui pihak berkuasa negeri.

Komponen lain membabitkan bayaran premium tanah dan cukai yang perlu dijelaskan oleh FELDA kepada kerajaan negeri adalah kaedah biasa dalam Peraturan Tanah Terengganu, apabila membabitkan pemberi milikan tanah kerajaan kepada mana-mana pihak, bukan hanya kepada FELDA.

FELDA juga perlu dilaporkan perlu menyalurkan beberapa sumbangan lain kepada kerajaan negeri dan perincian itu dalam proses akhir untuk dimuktamadkan.

Ketegangan sebelum ini memuncak apabila kerajaan Terengganu mengeluarkan notis supaya FGV Holdings (FGV) yang mengusahakan 10 ladang kelapa sawit keluar dari situ dan menganggap ia pencerobohan.

Kerajaan negeri mendakwa FGV tidak membayar premium tanah, cukai dan perkongsian keuntungan selama 40 tahun.

Video Terkini

Berita Berkaitan