Dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar, semakin ramai rakyat Malaysia mula mencari kaedah pelaburan yang lebih stabil dan selamat bagi melindungi nilai kewangan mereka.Â
Antara aset yang terus mendapat perhatian ialah emas, yang sejak dahulu dikenali sebagai penyimpan nilai yang kukuh.
Melihat kepada keperluan ini, Kelantan Gold Trade (KGT) tampil membangunkan ekosistem emas yang komprehensif bagi membantu masyarakat memiliki emas dengan cara yang lebih mudah, selamat dan patuh syariah.
Pendekatan yang dibawakan oleh KGT bukan sekadar menjual emas, tetapi membina satu sistem yang menggabungkan pemilikan emas fizikal, platform digital serta solusi simpanan dalam satu ekosistem yang lebih teratur dan mudah diakses.
Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami dan terlibat secara bertanggungjawab dalam pasaran emas, sama ada sebagai simpanan jangka panjang mahupun sebahagian daripada strategi pengurusan kewangan mereka.
KGT turut memberi penekanan kepada aspek ketelusan, keaslian produk serta pematuhan kepada prinsip Syariah dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan. Nilai-nilai ini menjadi antara faktor utama yang mendorong pelanggan memilih jenama tersebut.
Selain individu yang ingin memulakan simpanan emas, ekosistem ini juga memberi manfaat kepada golongan usahawan, keluarga serta pihak berkepentingan dalam industri emas yang melihat potensi emas sebagai aset yang lebih stabil dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.
Ekosistem ini juga membantu KGT meluaskan peranannya ke arena perniagaan emas digital bersama koperasi-koperasi di Malaysia. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong sistem ekonomi koperasi secara menyeluruh, malah memberi manfaat langsung kepada ahli-ahli koperasi melalui peluang untuk menambah nilai simpanan mereka menerusi emas digital.Â
Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, KGT turut memperkukuhkan peranannya sebagai pihak yang mendidik orang ramai mengenai kepentingan pengurusan kekayaan secara berdisiplin dan berhemah.
Ia dapat dilihat menerusi kerjasama strategik yang dijalinkan bersama pelbagai agensi kerajaan, di mana KGT giat memperkukuhkan pelaksanaan program-program simpanan seperti Skim Cakna Aulad dan Tabungan Berkelompok Penghulu Negeri Kelantan yang memberi tumpuan kepada jaminan dana persaraan serta perancangan kewangan masa depan anak-anak kecil menerusi emas.
Dengan pendekatan ini, masyarakat bukan sahaja dididik untuk mengurus kekayaan secara berdisiplin, tetapi juga didorong untuk memanfaatkan teknologi moden bagi mengukuhkan kedudukan kewangan individu dan komuniti secara berterusan.
Melalui pelbagai inisiatif yang menghubungkan program komuniti dengan solusi simpanan yang lebih nyata, KGT terus berusaha memperkukuh kedudukannya sebagai jenama emas yang dipercayai, bertanggungjawab dan relevan kepada masyarakat.
Menariknya, sempena Bulan Emas Kelantan 2026, pelanggan yang melakukan pembelian emas fizikal di Kelantan Gold Trade (KGT) berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan menerusi kempen "Beli dan Menang".Â
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh menghubungi pihak KGT di talian 019-352 1901 atau berkunjung ke pejabat KGT. Jom simpan emas!
Untuk maklumat lanjut, layari Kelantan Gold Trade.
Platform emas perak digital : https://ednd.my/























