BH Online
Ringkasan Berita

Tiga kilang di Kulim terbakar

KULIM: Tiga kilang di Jalan Makmur 7, Lunas di sini terbakar, awal pagi tadi.
Tiga kilang di Kulim terbakar

Sebuah daripada tiga kilang di Jalan Makmur 7, Lunas yang terbakar awal pagi tadi. - Foto Bomba

KULIM: Tiga kilang di Jalan Makmur 7, Lunas di sini terbakar, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi dan menggerakkan anggota dari BBP Kulim serta BBP Kulim Hi-Tech ke lokasi.

Kebakaran itu membabitkan tiga kilang kelas A dengan anggaran kemusnahan dianggarkan masing-masing 50 peratus dan 90 peratus.

@bharianmy Api menjulang tinggi. Kebakaran kilang di Taman Industri Makmur, Lunas, Kulim, Kedah pagi ini. Video: yyan02_ , Sham Safuan & izzytion MAKLUMAN: Berita Harian tidak mempunyai hak pemilikan terhadap video ini, namun kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Sekiranya anda ialah pemilik kandungan dan mempunyai sebarang permintaan berkaitan penggunaan video ini, sila hubungi kami melalui mesej langsung (DM). ♬ original sound - Berita Harian

Operasi pemadaman masih dijalankan menggunakan empat aliran air dengan bantuan balai bomba berhampiran dari Pulau Pinang.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terbabit manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

photo_2026-07-28_09-10-23_1785201119.jpg
Sebuah daripada tiga kilang di Jalan Makmur 7, Lunas yang terbakar awal pagi tadi. - Foto Bomba

Video Terkini

Berita Berkaitan