KUALA LUMPUR: Papan tanda harga di sebuah stesen minyak di tepi Lebuhraya Utara-Selatan menghala Seremban dekat Sungai Besi, di sini terbakar malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.57 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi.
"Jentera tiba di lokasi pada jam 10.06 malam dan mendapati kebakaran membabitkan papan tanda harga sebuah stesen minyak BHP.
"Kebakaran berjaya dikawal jam 10.22 malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11 malam," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Operasi memadam membabitkan lima anggota bomba dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).
"Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu," katanya.











![[VIDEO] Papan tanda harga stesen minyak tepi lebuh raya di Sungai Besi terbakar](/api/media/file/bhbakka_1785168853.jpg)












