BH Online
Ringkasan Berita

Kebakaran kecil di KTM Mid Valley: Kain jatuh atas pendawaian elektrik jadi punca - Bomba

KUALA LUMPUR: Kain yang terjatuh ke atas pendawaian elektrik dipercayai menjadi punca kebakaran kecil membabitkan bumbung lapisan aluminium di Stesen Komuter Mid Valley, di sini, petang tadi.
Kebakaran kecil di KTM Mid Valley: Kain jatuh atas pendawaian elektrik jadi punca - Bomba

Tangkap layar video tular di Thread mengenai kebakaran kecil (dalam bulatan) berlaku di Stesen KTM Mid Valley.

KUALA LUMPUR: Kain yang terjatuh ke atas pendawaian elektrik dipercayai menjadi punca kebakaran kecil membabitkan bumbung lapisan aluminium di Stesen Komuter Mid Valley, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.43 petang.

Susulan itu, katanya pasukan dari balai bomba dan penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan tujuh anggota.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Zakaria Shaari, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada kain yang terjatuh di atas pendawaian elektrik lalu terbakar sebelum api merebak ke bumbung lapisan aluminium di stesen KTM.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan bumbung lapisan aluminium dan api telah padam dengan sendirinya sebelum ketibaan pasukan bomba.

"Kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa mahupun kerosakan pada struktur bangunan," katanya..

Terdahulu, kejadian kebakaran kecil membabitkan bumbung aluminium foil di Stesen Komuter Mid Valley itu tular di media sosial selepas beberapa gambar dan video insiden berkenaan dikongsi warganet.

Video Terkini

Berita Berkaitan