SIMPANG AMPAT: Seorang lelaki berusia 38 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau cedera ditembak di luar deretan rumah kedai di Jalan Perniagaan Seri Tambun di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas mangsa dilaporkan selesai bersenam di sebuah gimnasium dan singgah di sebuah kedai serbaneka dalam bangunan yang sama untuk membeli telur.
Ketika hendak memasuki kereta, mangsa dikatakan didatangi seorang lelaki bertopeng memakai jaket hitam dan dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.
Mangsa kemudian melarikan diri ke sebuah kedai makan berhampiran untuk menyelamatkan diri, namun suspek dipercayai mengejarnya sebelum melepaskan beberapa lagi das tembakan.
Salah satu peluru dipercayai mengenai tangan kanan mangsa.
Suspek dilaporkan melepaskan sekurang-kurangnya lima das tembakan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou, berkata pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media mengenai kejadian itu.

















![[VIDEO] Papan tanda harga stesen minyak tepi lebuh raya di Sungai Besi terbakar](/api/media/file/bhpapang_BHfield_image_listing_featured.var_1785168857.jpg)






