BH Online
Ringkasan Berita

2 hari tak datang kerja, lelaki ditemui maut dalam rumah berkunci

BALING: Bau busuk dari sebuah rumah sewa di Kampung Bawah Gunung, di sini membongkar penemuan mayat seorang lelaki dipercayai meninggal dunia seorang diri.
2 hari tak datang kerja, lelaki ditemui maut dalam rumah berkunci

Mayat lelaki ditemukan dalam sebuah rumah di Kampung Bawah Gunung. - Foto ihsan bomba

BALING: Bau busuk dari sebuah rumah sewa di Kampung Bawah Gunung, di sini membongkar penemuan mayat seorang lelaki dipercayai meninggal dunia seorang diri.

Difahamkan, bau busuk itu disedari rakan mangsa sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi untuk membantu membuka pintu rumah yang terkunci.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.38 pagi dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu rumah terbabit.

"Sebaik pintu dibuka, mayat seorang lelaki ditemukan dengan mangsa dikatakan sudah tidak hadir bekerja selama dua hari.

"Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan