BH Online
Ringkasan Berita

Kawasan berbukit 4 hektar terbakar di Puncak Alam, 2 sekolah diarah tutup

KUALA SELANGOR: Kebakaran membabitkan kawasan berbukit dianggar seluas empat hektar dekat Lorong Gugusan Alam 7/1, Bandar Puncak Alam, di sini memaksa dua sekolah ditutup.
Kawasan berbukit 4 hektar terbakar di Puncak Alam, 2 sekolah diarah tutup

Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan bukit di Lorong Gugusan 7/20 Alam, Bandar Puncak Alam hari ini. - Foto ihsan JBPM Selangor

KUALA SELANGOR: Kebakaran membabitkan kawasan berbukit dianggar seluas empat hektar dekat Lorong Gugusan Alam 7/1, Bandar Puncak Alam, di sini memaksa dua sekolah ditutup.

Penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Puncak Alam dibuat atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor mengambil kira kedudukannya berhampiran lokasi kebakaran.

@bharianmy Hutan belakang SK Puncak Alam 2 terbakar pagi tadi. Anggota bomba sedang bertungkus lumus padam kebakaran. Hati-hati kepada murid, guru dan ibu serta masyarakat setempat. Video: namasayasecret17 (https://www.threads.com/@namasayasecret17) MAKLUMAN: Berita Harian tidak mempunyai hak pemilikan terhadap video ini, namun kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Sekiranya anda ialah pemilik kandungan dan mempunyai sebarang permintaan berkaitan penggunaan video ini, sila hubungi kami melalui mesej langsung (DM). ♬ original sound - Berita Harian

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, sepasukan 13 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Bukit Jelutong dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama kini berada di lokasi.

Katanya, BBP Bestari Jaya melakukan pemadaman di bahagian bukit sebelah padang bola sekolah, manakala BBP Bukit Jelutong di bahagian bukit berdekatan perumahan,.

Sementara PBS Saujana Utama membantu pemedaman di bahagian bukit tepi sekolah berhampiran perumahan.

"Anggota melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh mendatangkan kebakaran.

"Operasi terkawal jam 1.30 petang dan tamat sepenuhnya 3 petang ini," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan