BH Online
Ringkasan Berita

Hutan bukit di Puncak Alam seluas 0.8 hektar terbakar

KUALA SELANGOR: Kebakaran membabitkan kawasan hutan bukit seluas 0.8 hektar berlaku di Lorong Gugusan 7/20 Alam, Bandar Puncak Alam, di sini, hari ini.
Hutan bukit di Puncak Alam seluas 0.8 hektar terbakar

Kebakaran hutan bukit berkeluasan 0.8 hektar di Lorong Gugusan 7/20 Alam, Bandar Puncak Alam hari ini. - Foto ihsan JBPM Selangor

KUALA SELANGOR: Kebakaran membabitkan kawasan hutan bukit seluas 0.8 hektar berlaku di Lorong Gugusan 7/20 Alam, Bandar Puncak Alam, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.06 pagi.

Beliau berkata, sepasukan empat anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Katanya, operasi turut dibantu sepasukan empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran membabitkan kawasan hutan bukit seluas 0.8 hektar.

"Anggota kemudian melaksanakan tindakan 'firebreak' di lokasi kejadian dengan bantuan anggota PBS," katanya dalam kenyataan.

Video Terkini

Berita Berkaitan