BH Online
Ringkasan Berita

6 lelaki disyaki culik lelaki minta wang tebusan RM7 juta tiba mahkamah untuk didakwa

PETALING JAYA: Enam lelaki disyaki menculik seorang lelaki dan meminta RM7 juta sebagai tebusan pada 17 Julai lalu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini bagi berdepan pertuduhan.
6 lelaki disyaki culik lelaki minta wang tebusan RM7 juta tiba mahkamah untuk didakwa

Anggota polis membawa suspek yang menculik seorang lelaki dan meminta RM7 juta sebagai tebusan pada 17 Julai lalu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Petaling Jaya. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

PETALING JAYA: Enam lelaki disyaki menculik seorang lelaki dan meminta RM7 juta sebagai tebusan pada 17 Julai lalu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini bagi berdepan pertuduhan.

Semua tertuduh berusia antara 30 hingga 46 tahun tiba jam 9.30 pagi menaiki dua van dalam keadaan bergari dan dikawal ketat oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lengkap bersenjata.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan akan didengar di hadapan Majistret Lee Ka Full.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang menjadi mangsa culik berjaya diselamatkan polis dalam tempoh 24 jam selepas dilarikan sekumpulan suspek yang menuntut wang tebusan sebanyak RM7 juta.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar Muthuvelu, dilaporkan berkata, mangsa diselamatkan menerusi operasi khas di sebuah unit kediaman di kawasan Shah Alam pada jam 1 pagi.

Video Terkini

Berita Berkaitan