PORT DICKSON: Seorang wanita parah apabila basikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori tangki sebelum kakinya digilis kenderaan berat itu.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari tadi di Kilometer 4.5 Jalan Seremban-Port Dickson ketika mangsa, 34, bersama beberapa penunggang basikal lain dari arah Port Dickson menuju Lukut.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata siasatan awam mendapati mangsa mengubah haluan dari susur kiri dan masuk ke lorong tengah menyebabkan pemandu lori berusia 55 tahun tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian tepi sebelah kanan basikal.
"Mangsa terjatuh di laluan lori sebelum kaki kirinya digilis tayar kenderaan berat itu.
"Mangsa yang parah pada kaki kirinya dirawat di Hospital Port Dickson," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

















![[VIDEO] Papan tanda harga stesen minyak tepi lebuh raya di Sungai Besi terbakar](/api/media/file/bhpapang_BHfield_image_listing_featured.var_1785168857.jpg)






