BH Online
Ringkasan Berita

PGA rampas rokok seludup, kereta bernilai RM400,000 di Kampung Kok Bedullah

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 200,000 batang rokok putih bernilai RM400,000 menerusi operasi Op Taring Wawasan di Kampung Kok Bedullah, di sini, awal pagi tadi.
PGA rampas rokok seludup, kereta bernilai RM400,000 di Kampung Kok Bedullah

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 200,000 batang rokok putih dan kereta dianggarkan bernilai RM400,000 di Kampung Kok Bedullah, Tumpat, awal pagi tadi. - Foto PGA

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 200,000 batang rokok putih bernilai RM400,000 menerusi operasi Op Taring Wawasan di Kampung Kok Bedullah, di sini, awal pagi tadi.

Rampasan jam 4.15 pagi dilakukan Batalion 9 selepas mengejar kenderaan jenis Proton Preve sejauh dua kilometer sebelum kenderaan itu yang dipandu seorang lelaki terbabas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner, Ahmad Radzi Hussain, berkata ketika rondaan dilakukan pihaknya mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.

"Menyedari kehadiran pegawai dan anggota PGA, kenderaan terbabit memecut sejauh dua kilometer dan dikejar hingga Kampung Kok Bedollah sebelum kenderaannya terbabas ke kawasan tali air.

"Pemandu kereta dapat melarikan diri dan pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit menemui beberapa guni mengandungi 200,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai dan diseludup.

"Rampasan keseluruhan termasuk kenderaan dan rokok bernilai RM400,000," katanya menerusi kenyataan di sini.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan barang rampasan dihantar ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

"Kita akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan