KANGAR: Seorang lelaki tergamam menemui bungkusan guni dipercayai berisi rangka manusia ketika melakukan kerja meracun di sebuah kebun berhadapan sebuah kilang beras di di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada seorang lelaki jam 10.48 pagi.
Pengadu memaklumkan terjumpa bungkusan guni yang sudah reput ketika berada di kebun berkenaan kira-kira jam 10.20 pagi.
"Susulan maklumat diterima, sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.
"Proses siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti identiti rangka tersebut dan punca sebenar kejadian," katanya.
Barang kes dan bungkusan ditemui akan dihantar ke unit forensik untuk tujuan analisis serta pengesahan lanjut.

















![[VIDEO] Papan tanda harga stesen minyak tepi lebuh raya di Sungai Besi terbakar](/api/media/file/bhpapang_BHfield_image_listing_featured.var_1785168857.jpg)






