BH Online
Ringkasan Berita

PM ucap takziah kepada keluarga 6 mangsa nahas Karak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga enam mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Karak di Bentong, Pahang awal pagi semalam.
PM ucap takziah kepada keluarga 6 mangsa nahas Karak

Enam lelaki maut selepas Toyota Vios dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori satu tan di Jalan Karak Lama menghala ke Temerloh berhampiran Klinik Desa Jambu Rias, Bentong.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga enam mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Karak di Bentong, Pahang awal pagi semalam.

Menerusi hantaran di laman X hari ini, Anwar berkata beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berdukacita atas tragedi berkenaan.

Saya dan Azizah berdukacita menerima berita nahas ini. Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa, moga diberikan kekuatan dan ketabahan, manakala yang cedera dikurniakan kesembuhan segera.

Tragedi ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa keselamatan di jalan raya tidak… https://t.co/ve5uxH0yQY— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 26, 2026

"Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa, moga diberikan kekuatan dan ketabahan manakala yang cedera dikurniakan kesembuhan segera.

"Tragedi ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa keselamatan di jalan raya tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Insiden kira-kira jam 4 pagi itu menyaksikan enam lelaki maut di tempat kejadian selepas Toyota Vios dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan di Jalan Karak Lama menghala ke Temerloh berhampiran Klinik Desa Jambu Rias, Bentong.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta V Mugilan, 25, serta rakannya K Dineshvaran, 22; K Alaganathan, 21; A Kanabati Raja, 19; S Kiisven, 17 dan M.Paranthaman, 16; manakala pemandu lori berusia 31 tahun cedera parah.

Siasatan awal polis mendapati kereta dinaiki mangsa dari arah Kuantan menuju ke arah Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan di lokasi kejadian yang menuruni bukit sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit.

Video Terkini

Berita Berkaitan