BH Online
Ringkasan Berita

Samun van keselamatan: Lelaki tempatan suspek kes direman 6 hari

KUALA LUMPUR: Suspek kes cubaan samun sebuah van keselamatan membawa wang tunai dekat Klang, Selangor, Isnin lalu, direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Samun van keselamatan: Lelaki tempatan suspek kes direman 6 hari

Laporan BH Online mengenai penahanan suspek kes cubaan samun van keselamatan di Klang.

KUALA LUMPUR: Suspek kes cubaan samun sebuah van keselamatan membawa wang tunai dekat Klang, Selangor, Isnin lalu, direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar yang turut memaklumkan siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak bersendirian dalam kejadian berkenaan.

"Suspek direman enam hari sehingga 29 Julai. Siasatan mendapati suspek bertindak solo dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Isnin lalu, suspek dipercayai cuba menyamun sebuah van keselamatan yang membawa wang tunai di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang.

Dia kemudian merampas selaras senapang jenis pump gun milik pengawal keselamatan sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Susulan kejadian itu, Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melancarkan operasi khas sebelum menahan lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an di Shah Alam pada jam 11 pagi kelmarin.

Polis merampas semula selaras pump gun jenama Mossberg bersama sebutir peluru 12 bore, selain sepucuk pistol pelepas olahraga jenama Ekol Lite dan 48 butir peluru blank.

Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Video Terkini

Berita Berkaitan