BH Online
Ringkasan Berita

19 penumpang berdepan detik cemas, bas dinaiki terbabit kemalangan

KUANTAN: Sebanyak 19 penumpang berdepan detik cemas selepas bas dinaiki terlibat dalam kemalangan di KM77 Jalan Kuantan-Segamat dekat Runchang, Pekan semalam.
19 penumpang berdepan detik cemas, bas dinaiki terbabit kemalangan

Gambar hiasan.

KUANTAN: Sebanyak 19 penumpang berdepan detik cemas selepas bas dinaiki terlibat dalam kemalangan di KM77 Jalan Kuantan-Segamat dekat Runchang, Pekan semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata kemalangan kira-kira 4 petang itu berlaku ketika pemandu bas berusia 53 tahun bersama penumpang dari Kolej Vokasional Muadzam Shah sedang menghala ke sebuah hotel di bandar ini untuk menghadiri majlis persaraan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 36 tahun dari arah Gemas, Negeri Sembilan menghala Kuantan telah memberhentikan kenderaan secara mengejut kerana terdapat kesesakan lalu lintas akibat pokok tumbang di atas jalan raya.

"Sebuah jip dipandu lelaki berusia 40 tahun yang berada di belakang kereta terbabit turut memberhentikan kenderaan sebelum bas berkenaan dari arah sama melanggar belakang jip itu dan menggelongsor serta terbabas ke kiri jalan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, pemandu bas berkenaan mengalami kecederaan di tangan dan menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah manakala penumpang yang lain tidak cedera.

Mohd Zaidi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video Terkini

Berita Berkaitan