BH Online
Ringkasan Berita

Serbu rumah jumpa rokok putih dan keretek seludup

KOTA BHARU: Serbuan di sebuah rumah di Jalan Kuala Krai di sini malam tadi menemui sejumlah kotak mengandungi 82,160 batang rokok seludup.
Serbu rumah jumpa rokok putih dan keretek seludup

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 82,160 batang rokok seludup bernilai RM148,000 dari sebuah banglo kosong di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. - Foto ihsan PGA

KOTA BHARU: Serbuan di sebuah rumah di Jalan Kuala Krai di sini malam tadi menemui sejumlah kotak mengandungi 82,160 batang rokok seludup.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dijalankan jam 10.30 malam tadi sempena Op Taring Wawasan Kelantan.

"Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati pintu rumah dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci dan tiada sesiapa berada di dalam rumah.

"Seterusnya, pengadu dan anggota menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam rumah terbabit dan menjumpai beberapa kotak berwarna coklat yang berada di ruang tamu utama.

"Semua kotak itu mengandungi 80,000 batang rokok putih dan 2,160 batang rokok keretek yang dianggarkan bernilai RM148,276.80," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahmad Radzi berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan dan mengenal pasti pemilik rumah terbabit manakala kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Katanya lagi, berdasarkan hasil siasatan awal, rokok berkenaan disyaki diseludup dan akan dijual di sekitar Kota Bharu.

"Justeru itu, usaha pemantauan, risikan dan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi mengekang kegiatan penyeludupan serta penjualan rokok tidak bercukai di kawasan sempadan di sekitar Kelantan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan