BH Online
Ringkasan Berita

Remaja maut dipercayai terjatuh dari tingkat 68 Komtar

GEORGETOWN: Remaja lelaki berusia 18 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 68 Kompleks Tun Abdul Razak, di sini hari ini.
Remaja maut dipercayai terjatuh dari tingkat 68 Komtar

Remaja berusia 18 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 50 Kompleks Tun Abdul Razak. - Foto NSTP

GEORGETOWN: Remaja lelaki berusia 18 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 68 Kompleks Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Difahamkan, mayatnya ditemukan oleh pekerja di tingkat lima bangunan itu.

Tinjauan mendapati keluarga mangsa turut hadir dan dibawa ke lokasi oleh pengawal.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.

"Siasatan masih dijalankan, kita akan keluarkan kenyataan media nanti," katanya ketika ditemui di lokasi.

Sementara itu Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Jamil Abdullah berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 4.17 petang.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai melakukan tugas khas mengeluarkan mangsa dari lokasi menerusi tali dan juga menggunakan pengusung.

"Difahamkan mangsa yang tinggal di kawasan berhampiran adalah seorang pelajar dan dipercayai terjatuh dari tingkat 68.

"Ketika mayatnya ditemukan, kita turut menjumpai tiket masuk ke taman tema dalaman (indoor theme park) manakala pergelangan tangannya juga memakai memakai pas masuk ke taman tema itu.

"Kita hadapi kesukaran apabila permukaan lokasi licin berikutan selepas hujan.

Kes diserah kepada polis bagi tindakan lanjut," katanya lagi.

Video Terkini

Berita Berkaitan