ULU BARAM: Mayat mangsa terakhir tragedi perahu karam di Long Selatong, Sungai Baram dekat sini yang mengorbankan satu keluarga ditemui pagi ini, sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga.
Mangsa terakhir, Ceria Anak Dullah, 43, ditemui orang awam kira-kira jam 5 pagi di kawasan Long Miri, sebelum penemuan dimaklumkan kepada pasukan penyelamat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya yang menerima maklumat bergerak sebelum menggunakan bot untuk mengambil jasad mangsa yang ditemui terapung di sungai.
"Mayat dibawa ke tebing sungai dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi proses pengesahan identiti sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya melalui kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, lokasi penemuan mayat mangsa dianggarkan 94 kilometer dari lokasi perahu karam di Long Selatong.
"Dengan penemuan mangsa terakhir itu, semua empat mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian berkenaan berjaya ditemukan," katanya.
Sebelum ini, mayat Joshua Uken Mathew, 38, bersama anak lelakinya, Jovian Jangin Joshua, 4, ditemui pada hari pertama operasi, manakala mayat Jonathan Nyurang Lusut, 45, ditemukan pada hari kedua.

















![[VIDEO] Papan tanda harga stesen minyak tepi lebuh raya di Sungai Besi terbakar](/api/media/file/bhpapang_BHfield_image_listing_featured.var_1785168857.jpg)






