BH Online
Ringkasan Berita

Polis tahan datuk terlanggar cucu untuk bantu siasatan

SUNGAI PETANI: Polis menahan lelaki warga emas berusia 61 tahun bagi membantu siasatan kematian cucunya berusia dua tahun yang dilanggar lori ketika mengundur di rumahnya di Kampung Bukit Kuang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan perkara itu melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

"Ditahan untuk siasatan, " katanya.

Hanyan memaklumkan mayat kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dilanggar lori yang dipandu datuknya di Kampung Bukit Kuang, di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika datuk mangsa mengundurkan lori panjang dipandunya tanpa menyedari melanggar cucunya.

Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis membuka dua kertas iaitu Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang boleh dipenjara 10 tahun dan Seksyen 31(1) Akta Pengabaian Kanak-kanak 2001.

Video Terkini

Berita Berkaitan