GURUN: Budak perempuan dua tahun maut dilanggar lori dipandu datuknya di Kampung Bukit Kuang, di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 10.20 pagi, kanak-kanak terbabit dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata nahas dipercayai berlaku ketika datuk mangsa yang berusia 61 tahun sedang mengundurkan lori panjang dan tidak sedar melanggar cucunya.
"Polis membuka dua kertas mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang boleh dipenjara 10 tahun dan Seksyen 31 (1) Akta Pengabaian Kanak-kanak 2001," katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.




















