SETIU: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah kereta di jalan Kampung Mangkuk, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd Zain, berkata mangsa Che Muhammad Alif Ikhwan Che Amat, 16, dari Bukit Maras, Banggol, Permaisuri disahkan maut di tempat kejadian.
Nahas jam 8.50 malam membabitkan Proton Wira dan motosikal Honda.
"Siasatan awal mendapati pemandu kereta Wira berumur 19 tahun dari Kampung Penarik menghala ke Kampung Mangkuk sampai ke tempat kejadian hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.
"Kereta itu kemudiannya bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa yang dalam perjalanan dari Kampung Mangkuk ke Kampung Penarik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.













![[VIDEO] Papan tanda harga stesen minyak tepi lebuh raya di Sungai Besi terbakar](/api/media/file/bhpapang_BHfield_image_listing_featured.var_1785168857.jpg)






