BH Online
Ringkasan Berita

Mangsa kes culik di Shah Alam ditahan 60 hari, polis siasat kaitan dengan sindiket dadah - Hussein

KUALA LUMPUR: Lelaki yang diselamatkan selepas diculik untuk mendapatkan tuntutan wang tebusan RM7 juta di Shah Alam, Selangor Sabtu lalu akan ditahan selama 60 hari bagi siasatan lanjut berhubung kaitannya dengan sindiket pengedaran dadah.
Mangsa kes culik di Shah Alam ditahan 60 hari, polis siasat kaitan dengan sindiket dadah - Hussein

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan. - NSTP/ HAIRUL ANUAR RAHIM

KUALA LUMPUR: Lelaki yang diselamatkan selepas diculik untuk mendapatkan tuntutan wang tebusan RM7 juta di Shah Alam, Selangor Sabtu lalu akan ditahan selama 60 hari bagi siasatan lanjut berhubung kaitannya dengan sindiket pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki terbabit ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"Dia akan ditahan mengikut LLPK selama 60 hari sementara siasatan lanjut dijalankan berhubung kaitannya dengan aktiviti pengedaran dadah," katanya di sini, hari ini.

Katanya, siasatan akan meneliti beberapa aspek kes itu termasuk pergerakan lelaki terbabit sebelum ini, individu mempunyai kaitan dengannya serta sumber pendapatan dan asetnya bagi mengenal pasti sejauh mana dakwaan pembabitannya dalam aktiviti pengedaran dadah.

Semalam media melaporkan, mangsa berusia 44 tahun diselamatkan dalam kes penculikan berkenaan, kini ditahan mengikut LLPK 1985.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, mangsa berusia 44 tahun itu ditahan oleh JSJN Bukit Aman, selepas siasatan mendapati ada elemen pengedaran dadah dalam kejadian itu.

Menurutnya, selain itu pihaknya turut membuat tangkapan baru membabitkan dua lelaki tempatan berusia 30-an termasuk seorang bekas anggota polis yang sudah dipecat kerana kes dadah pada 2023 yang dipercayai terbabit dalam kes culik berkenaan.

Terdahulu media melaporkan, lima lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30 hingga 46 tahun ditahan tidak sampai 48 jam selepas menculik seorang lelaki dan meminta wang tebusan RM7 juta bagi membebaskan mangsa.

Video Terkini

Berita Berkaitan