BH Online
Ringkasan Berita

Penjual keropok didakwa ceroboh Penjara Sungai Udang dengan dron, seludup tembakau

MELAKA: Penjual keropok didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menceroboh Penjara Sungai Udang dengan dron dan menyeludup tembakau menggunakan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) itu, minggu lalu.
Penjual keropok didakwa ceroboh Penjara Sungai Udang dengan dron, seludup tembakau

Mohd Nizam Ab Manaf, didakwadi Mahkamah Majistret, hari ini atas dua pertuduhan menceroboh Penjara Sungai Udang dan menyeludup tembakau dengan menggunakan dron. Foto Meor Riduwan Meor Ahmad/NSTP

MELAKA: Penjual keropok didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menceroboh Penjara Sungai Udang dengan dron dan menyeludup tembakau menggunakan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) itu, minggu lalu.

Mohd Nizam Ab Manaf, 46, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan niat untuk menyeludup masuk barang terlarang iaitu tembakau ke dalam kawasan Penjara Sungai Udang, di sini, dengan menggunakan dron dalam kawalannya, dalam kejadian di Taman Kris Satria, Sungai Udang, kira-kira jam 1.20 pagi, pada 15 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyeludup sesuatu artikel yang dilarang iaitu tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang dengan menggunakan dron yang dalam kawalannya pada tarikh, masa dan di tempat sama.

Bagi kesalahan itu, dia tertuduh didakwa mengikut Seksyen 58 Akta Penjara 1995 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Aliya Safri, mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzuddin Ab Malek, yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah atas alasan tertuduh menyara isteri dan seorang anak dengan menjual keropok dan berpendapatan RM1,700 sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes untuk sebutan semula pada 19 Ogos depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Video Terkini

Berita Berkaitan