BH Online
Ringkasan Berita

Ugut jenayah guna objek menyerupai pistol, pasangan kekasih direman 4 hari

GEORGETOWN: Pasangan kekasih direman selama empat hari oleh mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah membabitkan penggunaan objek menyerupai pistol terhadap dua lelaki di sebuah rumah di Halaman Paya Terubong.
Ugut jenayah guna objek menyerupai pistol, pasangan kekasih direman 4 hari

Suspek direman selama empat hari oleh mahkamah Majistret di Georgetown, hari ini. - Foto NSTP/TVN

GEORGETOWN: Pasangan kekasih direman selama empat hari oleh mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah membabitkan penggunaan objek menyerupai pistol terhadap dua lelaki di sebuah rumah di Halaman Paya Terubong.

Perintah reman terhadap pasangan yang masing-masing berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret S Selvaranjini bermula hari ini.

Ia bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Terdahulu kedua-dua mereka yang bekerja sebagai juruwang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Tun Dr Awang, malam tadi.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sepucuk pistol bersama satu kelopak peluru yang menyerupai senjata sebenar bagi membantu siasatan.

Difahamkan, penahanan suspek dibuat selepas dua lelaki membuat laporan diugut suspek lelaki yang juga penyewa rumah mereka, susulan menegur pasangan berkenaan bergaduh sesama sendiri.

Suspek lelaki itu dikatakan mengacu pistol terhadap mereka sebelum keluar dari bilik sewa berkenaan bersama kekasihnya.

Video Terkini

Berita Berkaitan