BH Online
Ringkasan Berita

Pengembala lembu direman 4 hari halang tugas, mengasari anggota polis

BALIK PULAU: Pengembala lembu direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan menghalang tugas anggota polis dalam kejadian di Pasar Awam Balik Pulau, semalam.
Pengembala lembu direman 4 hari halang tugas, mengasari anggota polis

Lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret di Balik Pulau, bagi permohonan reman membabitkan kes menghalang tugas polis. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli

BALIK PULAU: Pengembala lembu direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan menghalang tugas anggota polis dalam kejadian di Pasar Awam Balik Pulau, semalam.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Chia Huey Ting bermula hari ini sehingga 25 Julai.

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dalam kejadian itu, rondaan oleh anggota Pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) menemukan motosikal suspek yang di parkir di tepi medan selera pasar awam berkenaan, manakala lelaki terbabit berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika pemeriksaan, lelaki itu gagal memberi kerjasama dan berlaku pertengkaran sebelum suspek bertindak mengasari anggota polis berkenaan di bahagian dada.

Lelaki itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya bagi siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek pernah ditahan pada 2024 atas kesalahan sama dan bertindak memukul anggota polis semasa pemeriksaan dijalankan.

Video Terkini

Berita Berkaitan