BH Online
Ringkasan Berita

Gudang 'hardware' di Batu Belah terbakar

SHAH ALAM: Sebuah gudang perkakasan di Batu Belah, Klang, dekat sini musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.
Gudang 'hardware' di Batu Belah terbakar

- Foto ihsan Bomba

SHAH ALAM: Sebuah gudang perkakasan di Batu Belah, Klang, dekat sini musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar, berkata laporan berhubung kebakaran premis berhampiran sebuah restoran itu diterima pihaknya kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Susulan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dengan bantuan BBP Klang Selatan dan BBP Andalas ke lokasi kejadian.

"Sebuah gudang penyimpanan perkakasan berkeluasan 100 x 80 kaki persegi terbakar 80 peratus. Bahan terlibat merangkumi pelbagai peralatan hardware seperti cat, lampu LED, barangan plastik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan