BH Online
Ringkasan Berita

Jenayah komersil di Kelantan membimbangkan, rekod kerugian RM23.6 juta tahun ini

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan kes jenayah komersil di negeri ini membimbangkan dengan peningkatan lebih 100 peratus apabila nilai kerugian direkodkan sebanyak RM23.6 juta sejak Januari hingga Jun tahun ini.
Jenayah komersil di Kelantan membimbangkan, rekod kerugian RM23.6 juta tahun ini

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat (tengah) pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan bagi bulan Julai 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan hari ini. -- Foto BERNAMA

nfazlina@nstp.com.my

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan kes jenayah komersil di negeri ini membimbangkan dengan peningkatan lebih 100 peratus apabila nilai kerugian direkodkan sebanyak RM23.6 juta sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata statistik itu menunjukkan peningkatan ketara daripada 732 kes kepada 1,480 kes.

"Seiring dengan itu, jumlah kerugian turut meningkat daripada RM17,03 juta kepada RM23.6 juta. Ini satu peningkatan yang amat membimbangkan.

"Peningkatan ini didorong oleh trend penipuan dalam talian yang

semakin berleluasa, khususnya membabitkan phone scam, penipuan e-dagang, pelaburan dalam talian serta tawaran kerja sambilan.

"Justeru, usaha membanteras jenayah komersial memerlukan tindakan penguatkuasaan yang berterusan, di samping memperkasakan pendidikan dan kesedaran masyarakat agar tidak mudah menjadi mangsa penipuan," katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan meningkatkan hebahan di media sosial bagi memberi kesedaran kepada penduduk di negeri ini.

"Sekarang ini macam-macam kena tipu, nak cari kerja pun kena tipu. Jumlah kerugian setiap mangsa juga tinggi.

"Ini perkara paling membimbangkan yang perlu ditangani dan paling penting mahu memastikan masyarakat sedar.

"Justeru, kita akan gunakan media sosial untuk menghebahkan kesedaran kepada masyarakat. Peningkatan ini bukan tahun ini sahaja sebaliknya tahun lalu pun sama meningkat lebih 100 peratus," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan