BH Online
Ringkasan Berita

Pelajar gaduh di kawasan perumahan: Kes sedang dalam proses perundangan - JPWPKL

KUALA LUMPUR: Kes pergaduhan yang membabitkan pelajar di luar kawasan sekolah sebagaimana tular dalam media sosial, kini dalam proses tindakan perundangan selepas polis selesai menjalankan siasatan berhubung insiden itu.
Pelajar gaduh di kawasan perumahan: Kes sedang dalam proses perundangan - JPWPKL

Kredit: Facebook Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Kes pergaduhan yang membabitkan pelajar di luar kawasan sekolah sebagaimana tular dalam media sosial, kini dalam proses tindakan perundangan selepas polis selesai menjalankan siasatan berhubung insiden itu.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan bahawa pihaknya memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa.

"JPWPKL mengambil serius insiden pergaduhan membabitkan murid yang berlaku di kawasan perumahan sebagaimana tular dalam media sosial.

"JPWPKL tidak berkompromi dengan sebarang salah laku keganasan membabitkan warganya.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa saja yang bersalah," katanya.

JPWPKL turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan identiti kanak-kanak bawah umur kerana perbuatan itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang.

Sebelum ini, tular rakaman video dalam media sosial yang memaparkan sekumpulan pelajar berpakaian baju sukan sekolah memukul seorang remaja lelaki sehingga parah, sambil merakam kejadian itu.

Susulan itu, media melaporkan empat pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian di sebuah residensi di Cheras pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, dipetik berkata polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada jam 12.54 tengah malam sebelum pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, menahan semua suspek berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Video Terkini

Berita Berkaitan