bhnews@bh.com.my
KULIM: Sebuah kilang berasaskan getah diarah henti operasi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah selepas menerima aduan bau yang mengganggu penduduk Kampung Batu Puteh, dekat sini.
Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata susulan siasatan yang dilakukan bersama pasukan Cawangan Risik Polis Bukit Aman Zon Utara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa kepada Penahanan Kelengkapan Operasi (POK) ke atas dapur (furnace) memasak sisa getah terpakai sebanyak dua unit.
Beliau berkata, siasatan yang dilakukan malam tadi antara jam 9 hingga 11 malam mendapati masalah bau berpunca dari kegagalan operasi alat kawalan pencemaran udara.
"Beberapa sampel sisa getah terpakai diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
"Notis Arahan telah dikeluarkan kepada premis untuk tindakan pembaikan.
"Sabit kesalahan premis boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan - Peraturan Kualiti AlamSekeliling (Udara Bersih) 2014 iaitu denda tidak melebihi RM100, 000 atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau ketua-duanya.
























