BH Online
Ringkasan Berita

Kes narkotik di Kelantan menurun, rampas dadah RM15.6 juta - Polis

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan tindakan penguatkuasaan dalam mengekang pengedaran dan penyeludupan dadah di negeri ini semakin berkesan apabila kes narkotik menurun sebanyak 13 peratus kepada 12,051 kes sejak Januari sehingga Jun tahun ini.
Kes narkotik di Kelantan menurun, rampas dadah RM15.6 juta - Polis

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan tindakan penguatkuasaan dalam mengekang pengedaran dan penyeludupan dadah di negeri ini semakin berkesan apabila kes narkotik menurun sebanyak 13 peratus kepada 12,051 kes sejak Januari sehingga Jun tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata jumlah tangkapan juga merekodkan penurunan 10 peratus iaitu 13,182 tangkapan berbanding 14,640 tangkapan bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Namun, dari segi nilai rampasan dadah, kita mencatatkan peningkatan sebanyak 17 peratus dengan jumlah rampasan mencecah RM15.6 juta berbanding RM13.3 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa tindakan penguatkuasaan yang dijalankan semakin berkesan dalam mengekang aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Yusoff berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding tahun lalu, jenayah indeks Kelantan turut menurun daripada 964 kes kepada 891 kes, iaitu pengurangan sebanyak 73 kes.

"Pencapaian ini membuktikan bahawa strategi, komitmen dan tindakan berterusan yang dilaksanakan berada di landasan yang tepat.

"Secara pecahan, jenayah kekerasan turut menurun daripada 246 kes kepada 202 kes, iaitu penurunan sebanyak 44 kes, manakala jenayah harta benda mencatatkan penurunan daripada 718 kes kepada 689 kes.

"Penurunan ini bukanlah alasan untuk kita berasa selesa, sebaliknya menjadi pemangkin untuk kita terus mempertingkatkan usaha kerana apa yang kita perjuangkan bukan sekadar penurunan angka, tetapi keselamatan, kesejahteraan

dan keyakinan masyarakat terhadap PDRM," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan