BH Online
Ringkasan Berita

Niat pinjam RM200,000, simpanan RM254,000 pula lesap

KUALA TERENGGANU: Hajat seorang kontraktor untuk meminjam RM200,000, namun sebaliknya pula berlaku apabila wang simpanan RM254,000 lesap ditipu sindiket pinjaman tidak wujud.
Niat pinjam RM200,000, simpanan RM254,000 pula lesap

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Hajat seorang kontraktor untuk meminjam RM200,000, namun sebaliknya pula berlaku apabila wang simpanan RM254,000 lesap ditipu sindiket pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa lelaki berusia 40-an membuat laporan polis Di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 1.14 tengah hari semalam.

Beliau berkata mangsa seorang kontraktor binaan pada 31 Mac lalu melihat iklan di laman Facebook sebelum berminat untuk membuat pinjaman.

Katanya, mangsa kemudian cuba membuat pinjaman berjumlah RM200,000 dan untuk meyakinkan mangsa, suspek yang juga seorang lelaki yang tidak dikenali datang menemui mangsa di sebuah restoran di UTC Kuala Terengganu.

"Pertemuan itu bertujuan untuk kemukakan dokumen perjanjian pinjaman wang yang ingin dibuat oleh mangsa.

"Kemudian mangsa diarahkan membuat 23 kali transaksi bayaran atas alasan kelulusan pinjaman wang berkenaan melalui transaksi pindahan wang ke dalam akaun sama," katanya.

Beliau berkata, mangsa membuat transaksi daripada wang simpanan berjumlah RM254,000 namun menyedari tertipu selepas tidak mendapat wang pinjaman seperti yang dihajatkan.

Azli berkata, selepas mangsa mendapati dirinya diperdaya, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Video Terkini

Berita Berkaitan