BH Online
Ringkasan Berita

Tamim Dahri dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Langkawi esok

LANGKAWI: Aktivis Tamim Dahri Abdul Razak yang tamat tempoh reman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson hari ini, ditahan semula polis daerah ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Tamim Dahri dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Langkawi esok

Tamim Dahri

LANGKAWI: Aktivis Tamim Dahri Abdul Razak yang tamat tempoh reman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson hari ini, ditahan semula polis daerah ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin, berkata suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi sejurus selesai tempoh remannya.

Beliau berkata, sebelum ini Tamim Dahri ditahan di IPD Port Dickson pada 18 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

tamimserah
Laporan BH Online Sabtu lalu.

Katanya, suspek kemudian direman selama dua hari di IPD Port Dickson bermula semalam hingga hari ini.

"Sejurus tempoh reman itu tamat, suspek ditahan semula oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi berhubung laporan polis Kuah bernombor 2875/26 yang disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

"Waran tangkap telah disempurnakan terhadap suspek dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi esok bagi tujuan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Tamim Dahri pernah didakwa secara in absentia di Mahkamah Majistret Langkawi pada 17 Mac lalu mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan selepas gagal hadir ke mahkamah.

Video Terkini

Berita Berkaitan