BH Online
Ringkasan Berita

Remaja lemas mandi sungai

PAPAR: Remaja lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai berhampiran Kaiduan Luluba Eco-Tourism, Papar, hari ini.
Remaja lemas mandi sungai

Remaja lelaki berusia 15 tahun lemas ketika mandi sungai berhampiran Luluba Eco - Tourism, Papar. Foto ihsan Bomba

PAPAR: Remaja lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai berhampiran Kaiduan Luluba Eco-Tourism, Papar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 15 tahun ditemui orang awam dan diberikan bantuan pernafasan CPR oleh pasukan bomba.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa yang dikenali sebagai Syazani John gagal dan disahkan meninggal dunia, di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rony Sikawan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 12.30 tengah hari.

"Setiba di lokasi kejadian, mangsa didapati berjaya ditemui orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

"Pasukan bomba bertindak memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa, namun gagal menyelamatkan mangsa," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan KKM) di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Video Terkini

Berita Berkaitan