BH Online
Ringkasan Berita

Lelaki Pakistan didenda RM20,000 benar 4 PATI berada dalam kenderaan miliknya

PASIR MAS: Seorang lelaki warga Pakistan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah membenarkan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) berada dalam kenderaan miliknya, minggu lalu.
Lelaki Pakistan didenda RM20,000 benar 4 PATI berada dalam kenderaan miliknya

Lelaki warga Pakistan didenda RM20,000 selepas mengaku salah membenarkan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) berada dalam kenderaan miliknya, minggu lalu. - NSTP/ Sharifah Mahsinah Abdullah

PASIR MAS: Seorang lelaki warga Pakistan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah membenarkan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) berada dalam kenderaan miliknya, minggu lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zulkifli Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Zaman, 30, dan memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa membenarkan empat PATI berada dalam Proton Gen-2 di kawasan parkir hadapan Kedai Ariana Exclusive, Jalan Parit Dalam di Kota Bharu, kira-kira jam 7.10 pagi pada 12 Julai lalu.

Empat PATI membabitkan seorang warga India dan tiga Pakistan berusia antara 23 hingga 37 tahun.

Tertuduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Siti Khaidijah Khairuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan kereta Proton Gen-2 digunakan ketika melakukan kesalahan itu dilucut hak kepada kerajaan.

Video Terkini

Berita Berkaitan