BH Online
Ringkasan Berita

Katalog gadis pelayan dalam telefon bongkar kegiatan didalangi suami isteri warga Indonesia

KUALA LUMPUR: Suami isteri warga Indonesia yang disyaki menyediakan khidmat layanan gadis warga asing antara 17 ditahan dalam serbuan di dua premis hiburan di Fraser Business Park, dekat Pudu di sini, awal pagi semalam.
Katalog gadis pelayan dalam telefon bongkar kegiatan didalangi suami isteri warga Indonesia

Foto hiasan. - NSTP

KUALA LUMPUR: Suami isteri warga Indonesia yang disyaki menyediakan khidmat layanan gadis warga asing antara 17 ditahan dalam serbuan di dua premis hiburan di Fraser Business Park, dekat Pudu di sini, awal pagi semalam.

Kegiatan pasangan itu terbongkar selepas pemeriksaan lanjut menemukan rekod perbualan, sejarah transaksi dan katalog wanita warga asing dipercayai digunakan bagi menawarkan khidmat tidak bermoral kepada pelanggan.

"Pasangan itu yang berperanan sebagai pengendali aktiviti berkenaan ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Mengulas serbuan, katanya operasi dijalankan susulan aduan awam dan risikan selama dua minggu, dengan 203 individu terdiri warga tempatan dan asing diperiksa.

Semua 17 yang ditahan itu termasuk tujuh wanita dengan semuanya membabitkan warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.

"Semua warga asing ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan- peraturan Imigresen 1963, dengan pasukan serbuan turut mengeluarkan notis Saman Saksi kepada tujuh warga tempatan bagi membantu siasatan," katanya.

Selain Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut menemukan dan merampas pelbagai jenis minuman keras dianggar bernilai RM11,420 melibatkan anggaran cukai berjumlah RM26,380.

"Semua warga asing ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan