BANGI: Dua pokok tumbang menghalang laluan, manakala sebatang lagi menghempap sebuah rumah penduduk di Kampung Batu 3, Bandar Baru Bangi, petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.18 petang.
Beliau berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang tiba di lokasi pada jam 4.40 petang.
"Komander operasi mendapati terdapat dua pokok tumbang menghalang jalan dan sebatang pokok tumbang menghempap rumah penduduk.
"Pasukan bomba mengalihkan pokok menggunakan gergaji berantai (chain saw) dan kerja-kerja memotong pokok sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi membabitkan sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Perkhidmatan Penyelamat dan Rawatan Kecemasan (EMRS).
"Operasi dilaporkan terkawal pada jam 4.45 petang," katanya.























![[VIDEO] Kereta dihempap pokok di Jalan Tun Razak, pemandu cedera](/api/media/file/BHHIMPAK_BHfield_image_listing_featured.var_1784395550.jpg)
