BH Online
Ringkasan Berita

Wanita maut dihempap pokok kelapa sawit

KLUANG: Seorang wanita maut dihempap pokok kelapa sawit di Ladang Kekayaan, Paloh dekat sini, petang tadi.
Wanita maut dihempap pokok kelapa sawit

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang dihempap pokok kelapa sawit di Paloh, Kluang. - Foto ihsan Bomba

KLUANG: Seorang wanita maut dihempap pokok kelapa sawit di Ladang Kekayaan, Paloh dekat sini, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.50 petang menyebabkan mangsa, Syafiyah Abd Rasid, 37, meninggal dunia di lokasi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Yusma Yuzaini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebatang pokok tumbang yang menghempap seorang mangsa jam 4.01 petang.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan itu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang bersama sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Perkhidmatan Penyelamat dan Rawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

"Operasi menyelamat dijalankan dengan menggunakan jentera jengkaut bersama peralatan menyelamat bagi mengangkat pokok yang menghempap mangsa.

"Mangsa berjaya dikeluarkan daripada timbunan pokok sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan.

Video Terkini

Berita Berkaitan