BH Online
Ringkasan Berita

Anak saksi bapa dibaham buaya

KINABATANGAN: Seorang anak berdepan detik paling memilukan dalam hidupnya apabila menyaksikan bapanya sendiri dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Batu Putih, di sini, petang semalam.
Anak saksi bapa dibaham buaya

Penduduk berkumpul di tepi sungai menyaksikan operasi mencari seorang mangsa yang dipercayai dibaham buaya di Kampung Batu Putih, di Kinabatangan. - Foto ihsan JBPM

KINABATANGAN: Seorang anak berdepan detik paling memilukan dalam hidupnya apabila menyaksikan bapanya sendiri dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Batu Putih, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa Rusli Mardin, 57, bersama anaknya berusia 19 tahun dipercayai sedang mencuci bot di sungai sebelum mangsa dibaham.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Suriyadi Darwis, berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang dan seramai enam anggota digerakkan ke lokasi berkenaan yang terletak 30 kilometer daripada balai.

Katanya, berdasarkan maklumat anak mangsa, bapanya itu dipercayai dibaham seekor buaya sebelum hilang daripada pandangan.

"Pasukan bomba menjalankan operasi di lokasi menggunakan kaedah pencarian di atas permukaan air.

"Bagaimanapun, kita terpaksa menangguhkan operasi pada jam 8.45 malam kerana keadaan yang semakin gelap di lokasi menyukarkan operasi pencarian," katanya ketika dihubungi di sini.

Suriyadi berkata, operasi akan disambung hari ini dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Video Terkini

Berita Berkaitan