BH Online
Ringkasan Berita

Ibu, anak maut kereta bertembung lori

MUAR: Dua beranak maut selepas kereta dinaiki bertembung sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Temenggung Ahmad, Parit Unas, di sini pagi tadi.
Ibu, anak maut kereta bertembung lori

Nahas kereta dan lori mengakibatkan dua beranak maut di Jalan Temenggung Ahmad, Muar pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

MUAR: Dua beranak maut selepas kereta dinaiki bertembung sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Temenggung Ahmad, Parit Unas, di sini pagi tadi.

Seorang daripada mangsa, Suzana Jailani, 58, maut di lokasi kejadian, manakala ibunya, Pairah Sitam, 83, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira jam 10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu Suzana dari arah Parit Jawa, manakala lori terbabit dari bandar Muar.

"Kereta dipandu Suzana dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung lori terbabit.

"Dua beranak terbabit mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia.

"Pemandu lori berusia 35 tahun pula cedera pada tangan dan kaki serta menerima rawatan di zon kuning hospital sama," katanya,

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video Terkini

Berita Berkaitan