BH Online
Ringkasan Berita

Pempengaruh didakwa rogol remaja bawah umur

KANGAR: Seorang pempengaruh media sosial dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, pada bulan lalu.
Pempengaruh didakwa rogol remaja bawah umur

Muhammad Iman Hazriq (kanan) didakwa di mahkamah atas tuduhan merogol remaja perempuan bawah umur pada bulan lalu. NSTP/NOOR SARA MOHAMAD HANIF

KANGAR: Seorang pempengaruh media sosial dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, pada bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Iman Hazriq Azizan, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun 10 bulan di sebuah bilik di Taman Kangar, di sini, kira-kira jam 3.10 pagi, 17 Jun lalu.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara 10 hingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabila Ahmad Poad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin, perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes berkenaan selesai.

Sharifah Norazlita menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Pada 13 Julai lalu, tertuduh ditahan polis selepas disyaki merogol dan merakam gambar lucah mangsa di sebuah rumah sewa di Taman Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop dilapor berkata, tertuduh ditahan susulan laporan polis dibuat mangsa berhubung kejadian itu.

Video Terkini

Berita Berkaitan