BH Online
Ringkasan Berita

Suami maut, isteri mengandung cedera nahas 2 treler

SUNGAI BESAR: Suami maut, manakala isterinya yang mengandung tujuh bulan cedera dalam nahas membabitkan dua treler di jalan besar berhampiran Kampung Tebuk Marso, di sini awal pagi tadi.
Suami maut, isteri mengandung cedera nahas 2 treler

Kemalangan membabitkan treler jenis Hino membawa muatan besi 36 tan dengan treler Volvo membawa kontena. - Foto ihsan JBPM

SUNGAI BESAR: Suami maut, manakala isterinya yang mengandung tujuh bulan cedera dalam nahas membabitkan dua treler di jalan besar berhampiran Kampung Tebuk Marso, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.49 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan treler jenis Hino membawa muatan besi 36 tan dengan treler Volvo membawa kontena.

"Penumpang treler Volvo iaitu wanita berusia 26 tahun mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba sampai.

"Pemandu treler, seorang lelaki berusia 21 tahun, tersepit di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan.

Ashrul Riezal berkata, seorang lagi mangsa iaitu pemandu treler Hino terselamat.

Beliau berkata, kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit kemudian dijalankan.

"Pemandu treler terbabit berjaya dibawa keluar jam 4.15 pagi tadi namun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Isterinya pula dihantar ke hospital," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan