BH Online
Ringkasan Berita

Nenek cemas, 30 minit 'ketuk' kereta gagal kejut cucu tertidur dalam kenderaan berkunci

MELAKA: Seorang nenek berdepan detik cemas apabila cucunya berusia empat tahun tertidur dalam sebuah kereta yang berkunci hari ini.
Nenek cemas, 30 minit 'ketuk' kereta gagal kejut cucu tertidur dalam kenderaan berkunci

Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tertidur dalam sebuah kereta berkunci dari dalam di Lingkaran MITC, petang tadi. - Foto ihsan bomba

MELAKA: Seorang nenek berdepan detik cemas apabila cucunya berusia empat tahun tertidur dalam sebuah kereta yang berkunci hari ini.

Tambah cemas, usaha mengejutkan kanak-kanak itu dengan mengetuk dan menggoyangkan kereta selama kira-kira 30 minit tidak berhasil, sebelum pihak bomba dihubungi untuk membantu.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika nenek mangsa keluar dari kereta untuk membeli pisang goreng di Lingkaran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.48 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh bergegas ke lokasi.

"Pasukan keluaran operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terkunci dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz.

"Pasukan berjaya membuka pintu kereta itu dalam tempoh seminit dan menyelamatkan mangsa. Kanak-kanak itu ditemui selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, nenek mangsa kebiasaannya akan mengunci pintu kereta dan cucunya itu kemudian membuka semula kunci dari dalam.

Namun hari ini, katanya kanak-kanak itu dipercayai tertidur.

Video Terkini

Berita Berkaitan