BH Online
Ringkasan Berita

Pegawai AKPS diugut tembak: Polis tahan seorang lelaki

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki disyaki individu mengugut mahu menembak seorang pegawai penguat kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang sedang melaksanakan tugas rasmi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata tangkapan itu dibuat susulan maklumat dan laporan polis diterima, semalam.

"Polis Klang Selatan mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bawah AKPS, semalam.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun dan tiada rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Kes masih dalam tindakan melengkapkan siasatan,"

Jit Huey berkata, kes itu diadakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semalam, media melaporkan AKPS membuat laporan polis berhubung tindakan individu dipercayai ejen, kerana mengugut mahu menembak pegawai penguat kuasa agensi itu.

Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal, dipetik berkata ugutan itu dipercayai dibuat ketika pegawai terbabit sedang melaksanakan tugas rasmi.

Video Terkini

Berita Berkaitan