JOHOR BAHRU: Kejadian seorang lelaki yang dipaksa masuk ke sebuah kereta oleh sekumpulan lelaki dewasa menimbulkan kebimbangan ramai.
Kejadian itu didakwa berlaku di Taman Impian Emas di sini kelmarin.
Orang ramai turut menegur perbuatan sekumpulan lelaki itu namun ia tidak dipedulikan.
Bagaimanapun, orang ramai tidak menghampiri kumpulan lelaki itu kerana bimbang keselamatan terancam.
Rakaman video kejadian dimuat naik di Facebook sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Video berdurasi 35 saat itu memaparkan seorang lelaki dipaksa memasuki kereta jenis Proton Waja warna kelabu.
Bagaimanapun video berkenaan tidak memaparkan sama ada lelaki itu dilarikan atau sebaliknya.
Kejadian berkenaan menimbulkan kebimbangan masyarakat yang khuatir ia adalah kes culik.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara ketika dihubungi menyatakan kejadian masih dalam siasatan.
























